
Katanya tarikh berkenaan disasarkan berdasarkan maklumat terbaru yang diperolehi Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak dari kesemua kontraktor pakej kerja (WPC) dan pembinaan lebuh raya itu sememangnya sudah lewat siap, sebelum diambil alih oleh kementeriannya.
“Fakta ini perlu dimaklumkan untuk semua pihak tahu. Kami tidak mahu dituduh selepas ini, yang projek ini lewat selepas kami ambil alih,” katanya kepada media selepas majlis hala tuju projek Lebuhraya Pan Borneo di pejabat JKR Sarawak di sini.
Dalam majlis itu, JKR Sarawak dilantik sebagai pegawai penguasa bagi pembinaan lebuh raya itu untuk negeri ini, selepas kontrak syarikat Lebuhraya Borneo Utara Sdn Bhd (LBU) sebagai PDP ditamatkan berkuat kuasa hari ini.
Menurutnya dalam tempoh 3 bulan akan datang, JKR Sarawak dijangka akan dapat memperolehi fakta lebih terperinci bagi mengenal pasti tarikh tepat bagi penyiapan pembinaan lebuh raya itu.