
Suruhanjaya Kesihatan Hubei berkata, lebih 74,500 orang dijangkiti Covid-19 di seluruh China.
Pegawai kesihatan Hubei berkata, terdapat 615 kes jangkitan baru di Wuhan dan 13 lagi di kawasan lain dalam wilayah Hubei.
Bagaimanapun, Suruhanjaya Kesihatan Hubei berkata, ia membuat pelarasan dengan mengurangkan 279 kes yang dilaporkan di beberapa bandar di wilayah itu sebelum ini.
Pelarasan itu bermakna peningkatan bersih 349 kes baru di wilayah itu pada Khamis.
Walaupun tanpa pelarasan itu, jumlah kes baru lebih rendah berbanding beberapa minggu lalu.
Semalam, terdapat 1,693 kes baru dilaporkan di Hubei.
Tidak jelas bagaimana laporan angka lebih itu berlaku.