Bahaya… Vape meletup dalam poket seluar, kesan kebakaran tahap 3

Bahaya… Vape meletup dalam poket seluar, kesan kebakaran tahap 3

Rokok elektronik atau vape mengalami litar pintas selepas diletakkan bersama kunci di dalam poket seluarnya.

Seorang pemuda melecur di bahagian kaki selepas vape yang diletakkan di dalam poket seluar tiba-tiba meletup.

Richard Bingham, 37, dikejarkan ke sebuah hospital di Archway, utara London susulan insiden itu.

Menurut laporan Daily Mail, pemuda yang bekerja sebagai kontraktor terkejut, rokok elektroniknya mengalami litar pintas selepas diletakkan bersama kunci di dalam poket seluarnya.

“Saya boleh dengar bunyi bising dan melihat keadaan sekeliling bertanya mengenai bunyi itu.

“Kemudian bunyi itu berhenti dan tiba-tiba saya rasa panas dalam poket seluar saya.

“Saya cuba keluarkan vape saya tetapi ia sudah terbakar. Ramai cuba membantu tetapi ia sudah terlambat,” katanya.

Bingham berkata kakitangan hospital menyimbah air di kakinya untuk menghentikan pembakaran itu.

“Ia berlaku terlalu pantas tetapi saya tidak pernah merasai kesakitan seperti ini.

“Saya masih mampu tersenyum tetapi ia amat menakutkan. Ia seperti bom meletup di dalam poket seluar saya,” katanya.

Pemuda itu mengalami kesan kebakaran tahap 3 di kaki kirinya dan melepuh di tangan selepas cuba mengeluarkan vape tersebut dari poket seluarnya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.