Usahawan tawar RM103,537 kepada pencari jodoh buat dirinya

Usahawan tawar RM103,537 kepada pencari jodoh buat dirinya

Wang ditawarkan kepada pencari jodoh namun 60% permohonan diterima tawar diri sendiri untuk jadi kekasih pula.

Antara syarat Jeff tetapkan, teman wanita itu perlu bersamanya selama 365 hari dan barulah pencari jodoh itu akan menerima wang tersebut secara berinsurans.

Jika ada duit apa sahaja boleh dilakukan sehinggalah kepada mereka yang mencari pasangan hidup.

Ini yang berlaku kepada seorang lelaki apabila dia menawarkan RM103,537 kepada mana-mana individu bagi membantunya mencari teman wanita.

Jeff Gebhart, 47, yang merupakan seorang usahawan memuat naik kenyataan itu di laman web https://datejeffg.com/ sehingga tular di laman sosial, lapor Kompas.

Di laman web ini, Jeff menceritakan kisah perjalanannya selain mahu mencari wanita tepat buat dirinya walau di mana berada.

Usaha pencarian itu telah dilaksanakan sejak 6 bulan lalu dan setakat ini kira-kira 60% permohonan telah diterima.

Bagaimanapun, katanya, wanita-wanita berkenaan tidak layak menerima wang tersebut kerana menawarkan diri sebagai teman wanita bukannya pencari jodoh.

Bercerita tentang kisah percintaannya, Jeff tidak pernah berkahwin atau bertunang namun pernah memiliki hubungan istimewa dalam tempoh yang lama.

Jeff tidak memiliki anak sebaliknya memelihara seekor anjing bernama Gunner.

Antara syarat yang perlu dipatuhi ialah, teman wanita itu perlu bersamanya selama 365 hari dan barulah pencari jodoh itu akan menerima wang tersebut secara berinsurans.

Dia memberitahu, wang berkenaan akan diberikan secara insurans sebanyak lima kali dengan jumlah RM20,707.

Bukan itu sahaja, syarat lain dikemukakan Jeff termasuk bakal teman wanita tidak boleh menuntut sebarang wang daripadanya selama bercinta.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.