
Masihkan anda ingat dengan kes kanak-kanak mati sebab terpengaruh dengan “Momo Challenge” tahun lepas?
Itu adalah salah satu daripada beberapa “social media challenges” yang disifatkan sangat berisiko hingga mengundang padah kepada mereka yang melakukannya.
Kali ini ada satu lagi challenge yang tengah viral di media sosial, dan ia dikenali sebagai “Tripping Jump Challenge”.
Tak pasti kalau sudah ada rakyat Malaysia yang mula buat, tapi anda dinasihatkan agar tidak melakukannya kerana ia berupaya mendatangkan bukan saja kecederaan serius bahkan meragut nyawa anda.
Di Amerika Syarikat sebenarnya, dah ada beberapa kes kanak-kanak cedera akibat melakukan aksi dalam challenge tersebut.
Macam mana boleh cedera? 3 orang diperlukan dalam challenge ini.
https://www.youtube.com/watch?v=P2A9cLmeYJo&feature=youtu.be
Individu yang berada di tengah akan diprank kononnya perlu melompat setinggi mungkin, sementara 2 lagi rakan di sebelahnya akan menyepak kaki individu tersebut.
Antara kecederaan yang akan dihadapi, risiko kecederaan serius pada kepala, sekiranya bahagian itu terhentak dengan kuat di lantai sewaktu terjatuh.
Dan kita semua tahu bahaya yang menanti sekiranya kepada terhentak dengan kuat ke atas konkrit, misalnya berlaku gegaran otak.
Selain itu, impak jatuh mengejut seperti itu juga boleh menyebabkan sakit belakang kronik dan kecederaan pada tulang serviks yang akhirnya akan membawa kepada lumpuh.
Di Brazil seorang remaja perempuan berusia 16 tahun meninggal dunia selepas melakukan permainan popular itu.
Emanuela Medeiros, cedera di bahagian kepala selepas jatuh terhentak di lantai di sekolahnya, Mossoro, Rio.

Mangsa mengalami trauma di kepala dan dihantar pihak sekolah ke hospital dalam kejadian yang berlaku pada November 2019, tetapi viral semula di media sosial pada minggu ini.
Difahamkan, Emanuela melakukan permainan itu bersama dengan 2 rakannya yang sebelum itu mengajaknya untuk bermain permainan itu.
Selepas melompat, 2 rakannya menendang kaki Emanuela menyebabkan mangsa terjatuh dan kepalanya terhentak kuat di lantai.
Sementara itu, pakar perubatan memberi amaran bahawa permainan seperti itu adalah berbahaya dan boleh menyebabkan kecederaan di bahagian tulang belakang, retak tempurung kepala dan maut.
Video permainan itu yang dilakukan oleh individu pelbagai peringkat usia turut viral dan ada di antaranya mengalami kesakitan dan tidak sedarkan diri.
Ibu bapa perlu menasihatkan anak-anak untuk tidak bermain permainan seperti ini yang boleh menyebabkan kematian.
Dari elok-elok sihat, dah terpaksa menanggung sakit sepanjang hayat.
Jadi, berpada-padalah bila nak bergurau dengan kawan dan jangan sekali-kali terjebak dalam buat challenge tak berfaedah macam ini.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]