
Kecanggihan teknologi ketika ini sememangnya tidak dapat dipertikaikan lagi.
Malah ia dilihat seiring dengan arus pemodenan global yang sedang berlaku seluruh dunia.
Terbaru di Afghanistan, robot pelayan yang direka seolah-olah kelihatan seperti wanita berhijab dirakam sedang melayan pelanggan sebuah restoran.
Dikenali sebagai Timea, robot itu kelihatan sedang bergerak di dalam restoran sambil menghidangkan burger.
Menurut Daily Mail, robot itu diperkenalkan pada bulan lalu dan kehadirannya ternyata membawa keterujaan buat pelanggan.
“Ia sangat menarik pada saya kerana ia robot pertama untuk restoran di Afghanistan.
“Seronok tengok robot,” ujar salah seorang pelanggan yang dikenali sebagai Zahra.
Robot yang direka di Jepun itu bagaimanapun turut menerima kritikan.
Menurut satu posting media sosial, kehadiran robot disifatkan mencuri peluang pekerjaan yang sepatutunya diberi kepada manusia.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]