
Setiap tahun pasti ada sahaja pertandingan fotografi yang dilakukan bagi memilih jurugambar serta gambar yang paling menarik sebagai pemenang.
Dan kali ini, anugerah Wildlife Photographer of the Year’s People Choice Award satu pertandingan tahunan yang diadakan oleh Muzium Sejarah di London memilih sebuah gambar pergaduhan tikus yang berebut sisa makanan di subway London.
Untuk pengetahuan, sebanyak 48,000 penyertaan dan gambar diterima dan cuma 25 gambar telah dipilih sebagai finalis.
Sam Rowley dengan gambar epiknya berjaya muncul sebagai pemenang selepas menampilkan sebuah gambar yang penuh dengan penceritaan.
Meskipun dianggap sebagai sebuah kebetulan bagi sesetengah pihak, Sam Rowley sebaliknya menyatakan beliau sanggup berada di platform subway berbeza setiap malam semata-mata untuk mendapatkan gambar yang terbaik.
Foto bertajuk “Subway Squabble” itu menurut Rowley menghabiskan 5 malam untuk projeknya, meluangkan masa untuk menangkap gambar di sistem metro London, di mana kira-kira 2 juta pengguna menggunakannya setiap hari.
Dia memerhatikan 2 ekor tikus sedang berjalan ke arah cebisan makanan yang kecil sekaligus mengambil sekeping gambar ketika haiwan berkenaan “bergaduh” berebutkan makanan tersebut.
Foto itu kemudian dihantar untuk pertandingan Wildlife Photographer of the Year.
Selain itu, anugerah daripada LUMIX ini turut menampilkan beberapa imej lain yang turut mendapat ramai bagi kategori hidupan liar.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]