Racun punca 2 gajah Borneo ditemui mati di Sabah

Racun punca 2 gajah Borneo ditemui mati di Sabah

Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew berkata, jenis racun yang menyebabkan kematian 2 gajah Borneo baru-baru ini belum dapat dipastikan.

Baru-baru ini 2 gajah betina Borneo ditemui mati di ladang kelapa sawit di Sukau, Kinabatangan dan Hutan Simpan Deramakot Sandakan.
KOTA KINABALU:
Menteri Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar Sabah Christina Liew berkata, hasil bedah siasat ke atas 2 bangkai gajah yang ditemui mati baru-baru ini mendapati berpunca daripada racun yang dimakan oleh gajah malang itu.

“Kami akan menjalankan siasatan lebih lanjut,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis ‘Ke Tamu’ yang berlangsung selama 2 hari bermula hari ini di Laman Seni, di sini hari ini.

Beliau yang juga timbalan ketua menteri Sabah bagaimanapun berkata, jenis racun berkenaan masih belum dapat dipastikan.

Baru-baru ini 2 gajah betina Borneo ditemui mati, masing-masing satu di ladang kelapa sawit di Sukau, Kinabatangan dan Hutan Simpan Deramakot Sandakan.

Ia merupakan penemuan kedua dan ketiga bangkai gajah pada tahun ini selepas penemuan bangkai gajah pertama di Lower Kinabatangan pada bulan lepas, dipercayai ditanam oleh syarikat penanaman sawit.

Christina berkata, bagi mengatasi perkara itu, kerajaan negeri meluluskan Pelan Tindakan Gajah Negeri Sabah 2020-2029 dalam usaha untuk mencari penyelesaian konflik antara manusia dan gajah.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.