Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS

Pelabur memantau perkembangan terkini jangkitan Covid-19 pada minggu berikutnya, yang menyaksikan aset Asia mencari kedudukan yang kukuh dalam situasi yang tidak menentu.

Penganalisis pasaran berkata, dolar AS juga meningkat kukuh pada tahun ini, didorong oleh ekonomi Amerika Syarikat yang kekal berdaya tahan.
KUALA LUMPUR:
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS hari ini, menjejaki prestasi pasaran serantau di tengah-tengah penularan wabak Covid-19.

Pada 6 petang, ringgit disebut harga pada 4.1360/1400 berbanding dolar AS daripada 4.1390/1420 pada Khamis.

Penganalisis pasaran FXTM Han Tan berkata, pelabur akan memantau perkembangan terkini jangkitan Covid-19 pada minggu berikutnya, di mana aset-aset Asia mencari kedudukan yang kukuh dalam situasi yang tidak menentu ini.

Tan berkata, dolar AS juga meningkat kukuh pada tahun ini, didorong oleh ekonomi Amerika Syarikat (AS) yang kekal berdaya tahan.

“Pelabur akan meneliti minit mesyuarat Jawatankuasa Pasaran Terbuka Persekutuan (FOMC) bagi menentukan sama ada dolar layak diberi sokongan untuk beberapa hari yang akan datang.

“Pelabur masih menjangkakan bahawa sebarang perubahan terhadap kadar Rizab Persekutuan AS hanya akan berlaku pada separuh kedua 2020, dan jangkaan itu dijangka menjadi asas untuk dolar mencatat lebih banyak peningkatan tidak lama lagi,” katanya kepada Bernama.

Sementara itu, ringgit didagangkan kebanyakannya tinggi berbanding kumpulan mata wang utama lain, kecuali pound Britain yang susut kepada 5.3904/3973 daripada 5.3683/3730 semasa ditutup pada Khamis.

Unit tempatan naik berbanding euro kepada 4.4851/4902 daripada 4.5041/5082 semalam, meningkat berbanding dolar Singapura kepada 2.9751/9797 daripada 2.9824/9852 dan menokok berbanding yen Jepun kepada 3.7665/7705 daripada 3.7716/7747.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.