CIA jual alat intipan dimanipulasi kepada 120 negara, termasuk Malaysia, kata laporan

CIA jual alat intipan dimanipulasi kepada 120 negara, termasuk Malaysia, kata laporan

Washington Post tidak menyatakan bila Malaysia membeli peranti penyulitan itu daripada Crypto AG atau sama ada ia masih digunakan.

Washington Post melaporkan CIA boleh mengintip komunikasi sulit antara pegawai kerajaan lain melalui peranti penyulitan yang dijual Crypto AG. (Gambar AP)
PETALING JAYA:
Malaysia antara 120 negara membeli alat penyulitan yang dimanipulasikan dari sebuah syarikat Swiss dimiliki secara rahsia oleh Agensi Perisikan Pusat Amerika Syarikat (CIA), lapor Washington Post.

Laporan itu tidak menyatakan bila Malaysia membeli peranti penyulitan itu daripada Crypto AG atau sama ada ia masih digunakan.

Peranti itu membolehkan CIA mengintip komunikasi sulit antara pegawai kerajaan.

Crypto AG ditutup pada 2018, tetapi produknya masih digunakan lebih 12 negara.

Washington Post melaporkan syarikat itu mengaut keuntungan daripada jualan peranti mereka ke seluruh dunia.

Ia memetik dokumen menunjukkan bagaimana CIA dan Agensi Keselamatan Negara AS mengawal hampir semua aspek operasi Crypto AG.

Katanya, kedua-dua agensi itu mendapat keuntungan daripada musuh dan sekutu sambil mengintip mereka.

“Ia adalah rampasan kuasa cerdik abad ini,” menurut dokumen yang dipetik akhbar itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.