Lindsay Lohan tayang teman lelaki baru

Lindsay Lohan tayang teman lelaki baru

Lindsay ada berkongsi mengenai kekasih barunya di kapsyen foto yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini.

Lindsay Lohan tayang kekasih di Instagram.

Dalam diam pelakon dan penyanyi Lindsay Lohan kini sudah mempunyai teman istimewa.

Menurut laporan Hollywoodlife, Lindsay ada berkongsi mengenai kekasih barunya di kapsyen foto yang dimuat naik di Instagram baru-baru ini.

Bagaimanapun, kapsyen tersebut dipadam dan digantikan dengan emoji senyum sebaik sahaja selepas beberapa minit dimuat naik.

Rata-rata netizen mempersoalkan tindakan Lindsay memadam kapsyen tersebut memandangkan ia perkara yang baik.

Lindsay memuat naik foto dia bersama beberapa orang rakannya dan netizen membuat andaian salah seorang daripada mereka adalah kekasih aktres itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.