Angka kematian akibat koronavirus di China meningkat kepada 803

Angka kematian akibat koronavirus di China meningkat kepada 803

Angka ini lebih tinggi daripada jumlah kematian global yang disebabkan oleh Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang membunuh 774 orang pada 2002-2003.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China mengesahkan 2,147 kes baru di wilayah Hubei hari ini sejak penularan wabak koronaviruis bermula Disember lepas. (Gambar AP)
BEIJING:
Jumlah kematian akibat wabak koronavirus novel di China meningkat kepada 803 hari ini selepas wilayah Hubei melaporkan 81 kematian terbaru.

Angka terbaru ini lebih tinggi daripada jumlah kematian global disebabkan oleh Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) yang membunuh 774 orang pada 2002-2003.

Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China juga mengesahkan sebanyak 2,147 kes baru di wilayah Hubei sejak penularan wabak tersebut bermula Disember lepas.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.