
Peningkatan angka kematian setiap hari begitu juga jumlah mereka yang dijangkiti koronavirus menyebabkan kebimbangan masyarakat seluruh dunia terhadap wabak ini.
Apatah lagi laporan yang mengatakan jangkitan itu disebabkan oleh haiwan eksotik seperti kelawar yang menjadi punca.
Malah sebelum ini Daily Mail turut mendedahkan mengenai pasar di Indonesia yang dikatakan menjual binatang eksotik.
Pasar itu dikenali sebagai Pasar Tomohan yang terletak di daerah Sulawesi, Indonesia.
Namun, setelah tular di serata dunia mengenai koronavirus novel, pasar tersebut dikatakan terus kurang mendapat sambutan terutamanya terhadap kelawar.
Pasar Tomohon sememangnya terkenal dalam kalangan penduduk disana malah masyarakat luar sebagai sebuah pasar yang “mengerikan” di mana mereka menjual daging kelawar, anjing, kucing, tikus, babi hutan dan ular.

Bagaimanapun kerisauan akibat penularan koronavirus, beberapa restoran di bandar Manado di Sulawesi Utara turut membuang hidangan kelawar dalam senarai menu mereka meskipun menu tersebut mendapat sambutan tinggi sebelum ini.
Menu kelawar masak lemak ini dipaparkan dalam rakaman episod “Best Ever Food Review show”.
Menu kelawar masak lemak memang cukup popular terhadap masyarakat Indonesia di wilayah itu.

Namun sejak seminggu yang lalu, menu tersebut sukar didapati malah penjualan daging kelawar di Pasar Tomohon juga didapati semakin berkurang.
Malah ada juga pengusaha restoran yang lain mengambil keputusan untuk membuang menu masakan kelawar terus bagi mengelakkan perniagaan miliknya terjejas.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]