
Sebelum ini apabila diganggu makhluk halus anda akan merasa takut dan tidak tenang, khuatir akan diganggu dengan lebih teruk lagi.
Oleh sebab itu anda akan mencari tempat berubat seperti ustaz, bomoh atau individu yang pakar berkaitan hal ini untuk mengubati dan memulihkan keadaan supaya kembali seperti sedia kala.
Namun dalam kecanggihan dunia digital kini, segalanya boleh diubati dengan cara moden iaitu melalui kedah “Winaura” iaitu menggunakan parameter elektrik.
Kajian yang disertai tiga penyelidik iaitu Prof Madya Dr Yohan Kurniawan, Dr Alexander Stark dan Dr Burhan Che Daud itu berjaya mengenal pasti gangguan yang dihadapi pesakit dan membantu mereka mendapatkan rawatan awal melalui kaedah perubatan Islam.
Yohan berkata, pihaknya mengambil pesakit berusia 21 hingga 80 tahun yang mendakwa mereka mempunyai saka dalam badan untuk kajian itu.
Katanya, jika pesakit memang mempunyai saka, aura mereka akan banyak ke arah warna merah.
“Jika mereka memang ada saka, biasanya mereka akan berubah laku, bebola mata akan merah, tidak selesa, marah dan sebahagiannya akan melakukan pergerakan pelik seperti menari dan sebagainya.
“Perkara ini akan berlaku dalam tempoh yang pantas, kurang sesaat, jadi masa itu kita buat pemerhatian dan mencatat kajian ke atas mereka untuk kajian selanjutnya,” katanya.
Yohan berkata, pesakit akan mengetahui adakah sakit atau gangguan yang dialami dalam kehidupan berpunca daripada saka atau penyakit lain.
“Antara penemuan yang kita temui adalah pesakit yang mendakwa mempunyai saka ini bersifat kurang matang, mempunyai masalah hubungan dengan orang lain dan kurang kawalan emosi seperti mudah marah.”
Oleh kerana itu, pihaknya bercadang menambahkan lagi peralatan dan mesin yang sesuai bagi “mengukur” kewujudan makhluk halus dengan membina makmal khas.
Antara lain, pihak turut merancang untuk mengkaji kebolehan bomoh yang mampu merawat.
Ini bermakna selepas ini bomoh juga tidak boleh menipu atau pura-pura pandai untuk mengubati pesakit.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]