Rezeki terpijak… Jual sanitizer online, raih RM40,000 dalam masa 2 hari

Rezeki terpijak… Jual sanitizer online, raih RM40,000 dalam masa 2 hari

Shahrir meraih pendapatan RM40,000 dalam masa 2 hari hanya dengan menjual sanitizer.

Shahrir ketika berkhidmat di salah sebuah syarikat pada akhir 2019.

Semua orang mencari jalan pintas untuk mendapatkan ganjaran wang tunai dalam masa yang singkat.

Meskipun ia mustahil, namun terdapat individu yang berjaya dengan cara itu.

Antara cara tradisi lama yang digunakan ialah MLM iaitu “Multilevel Marketing”, namun cara itu sudah tidak lagi relevan sekarang kerana semuanya beralih ke arah digital.

Sehubungan itu, seorang peniaga online, Mohd Shahrir Sharudin, 36 berkata dia mengambil alternatif untuk menjual produk secara online.

Dengan mengambil kira situasi yang berlaku ketika ini iaitu wabak koronavirus, dia memutuskan untuk menjual sanitizer secara “pre-order”.

Menjual sanitizer merupakan ideanya dalam masa yang singkat.

Namun hasil yang diperolehi sangat tidak disangka-sangka apabila dia mampu mendapat RM40,000 dalam masa hanya 2 hari dengan menjual produk tersebut.

Menurut Shahrir, kemungkinan “durian runtuh” yang dia dapat memandangkan bekalan sanitizer ketika ini kebanyakannya kehabisan stok dan sudah pasti jualan secara online menjadi tempat orang ramai mencari barangan termasuklah sanitizer.

Namun dia tidak menyangka sanitizer yang dijualnya menjadi pilihan orang ramai.

“Saya rasa memang semua sanitizer yang dijual dalam online memang sangat laku sebab ia menjadi keperluan semua orang untuk memiliknya pada waktu ini. Bukan sanitizer saya sahaja yang menjadi pilihan orang ramai.

“Dan saya hanya mencuba sahaja, malah tidak pernah berniaga apa-apa produk pun sebelum ini, tak sangka ia membawa tuah. Saya sampai terkejut dan takut apabila melihat jumlah yang banyak dalam akaun saya,” katanya kepada FMT.

Shahrir menjual cakoi setelah ditamatkan perkhidmatannya di salah sebuah syarikat di Kuala Lumpur.

Menceritakan tentang nasibnya, Shahrir yang sebelum ini merupakan kakitangan di salah sebuah syarikat di Kuala Lumpur, namun ditamatkan perkhidmatan dan menerima pampasan beberapa bulan lalu, berkata dia istiqamah dengan nasib yang menimpa dirinya.

Kemudian dia mencari jalan untuk meneruskan hidup dengan membuka gerai menjual cakoi goreng di hadapan masjid Pandan Indah.

“Saya ada anak, sudah pasti saya akan fikirkan apa yang boleh dibuat untuk menyara kehidupan keluarga ketika itu.

“Saya sangat bersyukur dengan rezeki yang saya fikir seperti jatuh dari langit, tapi saya masih terkejut,” ujarnya.

Shahrir ketika ditanya sama ada masih meneruskan perniagaan cakoi gorengnya di Pandan Indah, dia berkata buat masa ini dia perlu selesaikan semua urusan mengepos sanitizer yang telah dipesan.

“Saya baru tahu kuasa hebat membeli belah dalam talian sekarang, saya kagum dan ia menakutkan,” katanya sambil ketawa.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.