Kirk Douglas meninggal dunia pada usia 103 tahun akibat strok

Kirk Douglas meninggal dunia pada usia 103 tahun akibat strok

Pada 1991, mendiang Kirk Douglas pernah terlibat dalam kemalangan helikopter bagaimanapun dia terselamat

Laman Instagram Michael Douglas menceritakan kenangan dan jasa mendiang bapanya Kirk Douglas selepas mengesahkan ia meninggal disebabkan strok.

Pelakon terkenal Hollywood era 50an, Kirk Douglas meninggal dunia pada usia 103 tahun kerana penyakit strok.

Berita kematian Kirk disahkan oleh anak lelakinya yang juga aktor, Michael Douglas, dalam satu kenyataan kepada majalah People.

“Dengan rasa sedih, saya mengumumkan bahawa Kirk Douglas berusia 103 tahun telah meninggalkan kami pada hari Rabu.

“Di mata dunia, dia adalah seorang legenda, seorang pelakon pada zaman kegemilangan perfileman di era emasnya, dan seorang yang komited dalam misi memperjuangkan kemanusiaan dan keadilan,” kata Michael menerusi laman Instagram.

Terdahulu, pada 1991, mendiang Krik Douglas pernah terlibat dalam kemalangan helikopter bagaimanapun dia terselamat.

Mengikut rekod, mendiang Krik pernah membintangi filem ikonik hollywood seperti filem I dan Spartus.

Sebelum ini beliau pernah tercalon dalam anugerah Oscar 3 kali sebagai pelakon terbaik melalui filem Champion, The Bad Beautiful dan Lust for Life.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.