Koronavirus bukan pandemik, jangan sebar khabar angin, kata WHO

Koronavirus bukan pandemik, jangan sebar khabar angin, kata WHO

Pengarah Persediaan Bahaya Penyakit Berjangkit Global WHO, Dr Sylvie Briand berkata, koronavirus ialah wabak yang memberikan pelbagai kesan.

Anggota perubatan memindahkan kumpulan pertama pesakit koronavirus ke Hospital Huoshenshan di Wuhan, wilayah Hubei yang siap dibina dalam 10 hari. (Gambar AP)
GENEVA:
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada Selasa berkata, koronavirus belum menjadi pandemik dan usah memerangi penularan “khabar angin atau maklumat palsu” sangat penting, lapor agensi berita Xinhua.

Pengarah Persediaan Bahaya Penyakit Berjangkit Global WHO, Dr Sylvie Briand pada taklimat di Geneva berkata, WHO percaya wabak itu bukan pandemik, tetapi ia adalah wabak yang memberikan kesan pelbagai.

Kenyataan itu berdasarkan 78% kes di China setakat ini datang dari wilayah Hubei yang merupakan pusat wabak itu. Terdapat juga kes di luar Hubei sebelum wilayah itu “dikunci”.

Briand berkata, pihak berkuasa China mengambil langkah perlu untuk mengurangkan penularan wabak dan membina hospital untuk merawat pesakit, selain pelbagai usaha mengurangkan kadar kematian.

Sementara itu, beliau berkata, khabar angin dan maklumat salah mengenai wabak koronavirus boleh menghambat usaha serta langkah yang diambil bagi memerangi virus berkenaan.

Beliau memberi contoh demam kuning di Angola beberapa tahun lalu dan wabak Ebola di Congo.

Bagi wabak demam kuning, katanya, khabar angin mengatakan mereka yang divaksin tidak boleh minum bir seminggu menyebabkan penurunan kadar vaksinasi, manakala wabak Ebola pula didakwa tidak wujud menyebabkan berlaku halangan terhadap proses rawatan pesakit.

Beliau berkata, sangat penting menangani maklumat salah kerana media sosial mempercepatkan penyebaran maklumat itu.

“Ia adalah bagaimana untuk mendapatkan ‘maklumat betul di tempat betul, orang betul dan pada masa betul,” katanya.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.