Yuna pernah didesak dedah rambut dan tubuh untuk popular

Yuna pernah didesak dedah rambut dan tubuh untuk popular

Seorang selebriti mendedahkan yang dirinya pernah didesak supaya membuka hijab dan mendedahkan tubuhnya ketika berada di pentas antarabangsa.

Yuna seorang artis yang terkenal dengan muzik akustik yang menjadi ikutan banyak golongan muda.

Bukan mudah untuk membawa prinsip dan pegangan agama ke tempat orang.

Apatah lagi membawa pengaruh atau nama yang besar seperti seorang selebriti, ia sudah pasti mempunyai Identiti tersendiri.

Seperti Yuna, seorang selebriti awal yang menampilkan gaya hijab ke industri muzik kini menempah nama ke peringkat antarabangsa.

Dia pernah digesa untuk membuka hijab yang diletakkan sebagai syarat untuk menandatangani sebuah kontrak.

“Saya pernah disuruh untuk membuka hijab jika saya mahu menandatangani satu label muzik ini, saya tidak mengikutinya, saya sedar betapa pentingnya menjadi diri sendiri,” katanya.

Malah ada juga pihak yang meminta Yuna untuk mendedahkan rambut serta tubuh badannya.

Permintaan yang melampau itu dijelaskan sendiri oleh Yuna menerusi laman sosial Instagramnya hari ini.

Pada awal kemunculannya ketika Yuna baru meningkat naik, tidak banyak majalah mahu meletakkan wajahnya sebagai penghias muka majalah.

Hanya kerana hijab, semuanya terhalang namun tetap tidak mematahkan semangat Yuna untuk terus aktif dalam industri muzik.

Yuna sebelum ini mula beraksi pada usia 19 tahun selepas belajar cara bermain guitar dan mulai popular dengan lagu “Dan Sebenarnya” pada 2008.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.