
Datchinamurthy Kataiah dan Gobi Avedian yang dijatuhkan hukuman mati atas kesalahan mengedar dadah, memetik satu kenyataan Lawyers for Liberty (LFL) bulan lalu yang mendakwa pegawai penjara itu diarah menendang belakang leher banduan dengan kuat untuk mematahkannya, jika tali gantung terputus ketika penggantungan.
Kerajaan Singapura menolak dakwaan itu dan pihak berkuasa menggunakan undang-undang anti-berita palsu serta mengugut untuk menyekat laman web yang menyiarkan laporan itu.
Datchinamurthy, 34, dan Gobi, 31, yang masing-masing dijatuhkan hukuman mati pada 2015 serta 2018, berkata mereka bimbang jika tali putus ketika digantung, mereka akan berdepan kaedah kejam itu.
Mereka berdua memohon perintah mahkamah untuk melindungi seorang bekas pegawai penjara yang menurut LFL mendedahkan kaedah hukuman didakwa menyalahi undang-undang supaya beliau boleh menjelaskan dakwaan itu.
Tetapi, akhbar The Straits Times melaporkan Jabatan Peguam Negara Singapura menolak imuniti daripada pendakwaan untuk bekas pegawai penjara itu.
Bulan lalu, LFL menyaman menteri dalam negeri Singapura selepas beliau mengarahkan kumpulan itu menyiarkan penafian kerajaan berkenaan bersama dakwaannya dengan menggunakan Akta Perlindungan daripada Kepalsuan dan Manipulasi Dalam Talian.
LFL berkata, Singapura tiada bidang kuasa untuk mencampur tangan dalam hak kebebasan bersuara rakyat Malaysia.