MotoGP 2020 buat pertama kali akan berlumba di Finland

MotoGP 2020 buat pertama kali akan berlumba di Finland

Litar lumba baru yang ditambah dalam kalendar MotoGP 2020 iaitu di litar KymiRing, Finland yang bakal berlangsung pada 12 Julai.

Laman sosial Twitter MotoGP mengumumkan buat pertama kali litar lumba KymiRing di Finland akan menyaksikan perlumbaan selepas diujikaji tahun lepas.

Perlumbaan MotoGP untuk musim 2020 bakal bermula pada 8 Mac 2020 di litar lumba antarabangsa Losail, Qatar.

Secara keseluruhan, pelumba-pelumba MotoGP akan mengharungi 20 pusingan perlumbaan yang melibatkan 20 litar lumba di seluruh dunia termasuk Malaysia pada 1 November 2020 nanti.

Menariknya tahun ini ada satu litar lumba baru yang ditambah dalam kalendar MotoGP 2020 iaitu litar lumba KymiRing di Finland.

Kali terakhir perlumbaan motosikal dunia diadakan di negara Finland adalah pada tahun 1982 di litar lumba Imatra tanpa melibatkan perlumbaan untuk kelas 500cc.

Tahun 1981 merupakan tahun terakhir perlumbaan motosikal dunia kelas 500cc diadakan di litar lumba Imatra.

Ketika itu, bapa kepada Valentino Rossi iaitu Graziano Rossi masih lagi aktif terlibat dalam perlumbaan motosikal dunia.

Litar lumba KymiRing di Finland merupakan litar lumba yang baru siap dibina dan diuji pada tahun 2019.

Pelumba MotoGP akan mengharungi 20 pusingan perlumbaan yang melibatkan 20 litar lumba di seluruh dunia termasuk Malaysia pada 1 November 2020.

Maknanya tiada lagi pelumba MotoGP yang pernah ada pengalaman berlumba di litar lumba KymiRing sebelum ini.

Selain daripada litar lumba baru, ada juga pelumba baru yang akan buat kemunculan sulung dalam perlumbaan MotoGP untuk musim 2020 kali ini antaranya Álex Márquez, Brad Binder dan Iker Lecuona.

Álex Márquez menggantikan tempat Jorge Lorenzo yang dah bersara pada tahun 2019 dan bergandingan dengan abang kandungnya sendiri, Marc Márquez bersama Repsol Honda Team.

Brad Binder menggantikan tempat Johan Zarco yang berpindah ke pasukan Reale Avintia Racing dan Iker Lecuona menggantikan tempat Hafizh Syahrin yang kembali berlumba dalam kelas Moto2.

Selain daripada tarikh perlumbaan, ada lagi tarikh penting lain mengenai MotoGP yang anda kena tahu sebelum perlumbaan pusingan pertama bermula iaitu tarikh pelancaran jentera terbaru yang akan digunakan oleh setiap pasukan yang bersaing dalam MotoGP musim 2020

Ducati merupakan pasukan pertama yang sudah tunjuk jentera baru yang akan digunakan oleh Andrea Dovizioso dan Danilo Petrucci sepanjang musim 2020.

Selepas Ducati, Repsol Honda Team pula melancarkan jentera terbaru pada 4 Februari di Jakarta, diikuti oleh Yamaha dan Petronas Yamaha SRT pada 6 Februari 2020 di litar lumba antarabangsa Sepang.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected] 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.