UFO bentuk kiub seperti kapal angkasa ‘Borg’ dalam Star Trek lintas ruang udara Colombia

UFO bentuk kiub seperti kapal angkasa ‘Borg’ dalam Star Trek lintas ruang udara Colombia

Rakaman video UFO berbentuk kiub terbang di ruang udara Columbia tular.

Objek yang dipercayai UFO berbentuk kiub dilihat melintasi ruang udara. (Gambar CesarinMP)

Seorang juruterbang berkongsi rakaman aneh seperti objek terbang yang tidak dikenali (UFO) berbentuk kiub melintas di ruang udara.

Pandangan yang dilihat dari kokpit sebuah pesawat itu menunjukkan sebuah objek metalik yang terbang dengan kelajuan hipersonik di ruang udara Colombia, tanpa dilihat seperti menghala sesuatu.

Menurut Daily Star, menerusi klip video berdurasi 4 minit, ia didakwa dirakamkan oleh seorang juruterbang pesawat komersial, menunjukkan sebuah struktur kiub melintasi pesawat itu dari jarak jauh.

Melihat objek tersebut pada jarak dekat, ia kelihatan seperti sebuah kiub dan kelihatan meluncur dengan keadaan terkawal.

Klip berkenaan dimuat naik menerusi laman sosial TikTok oleh seorang pengguna, CesarinMP, sebelum dikongsikan di YouTube pada 31 Januari.

Walaupun tiada penjelasan mengenai UFO itu, segelintir netizen membuat spekulasi ia mungkin belon cuaca atau layang-layang.

Malah ada yang melihat objek tersebut seperti kapal angkasa Borg daripada filem fiksyen Sains, Star Trek.

Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Lepas Amerika Syarikat (Nasa) sebelum ini pernah mengesan objek berbentuk kiub.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.