Sebak… Bapa menangis lihat anak dikuarantin, mahu didukung

Sebak… Bapa menangis lihat anak dikuarantin, mahu didukung

Lelaki warga China dilihat hanya mampu memandang anaknya melalui cermin kaca wad di hospital ketika anaknya seolah meminta mahu didukung.

Seorang bapa dilihat hanya melihat anaknya yang dikuarantinkan di sebuah hospital.

Viral sebuah video yang memaparkan seorang ayah tidak dapat menahan sebak kerana tidak dapat memeluknya anaknya yang dipercayai dikuarantin di wad sebuah hospital.

Video menyentuh hati itu dikongsikan Azmil Awalluddin melalui akaun YouTubenya yang memaparkan lelaki terbabit hanya mampu memandang anaknya melalui cermin kaca wad di hospital berkenaan.

Menerusi video tersebut, anaknya itu seakan-akan menghulurkan tangan meminta si ayah mendukungnya menyebabkan ayahnya memalingkan muka dan tidak dapat menahan sebak hingga terus menangis.

Seorang bapa menangis kerana tidak dapat memeluk anaknya dipercayai dikuarantin di sebuah hospital.

Bagaimanapun, punca anak tersebut dikuarantinkan tidak dapat dipastikan sama ada ia berkait dengan wabak koronavirus atau sebaliknya.

Video yang tidak pasti lokasi sebenar kejadian tersebut kini tular di media sosial dan sehingga kini meraih 18,000 tontonan.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

https://youtu.be/UdgdRrgfAZ4

 

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.