Gara-gara tidak pakai topeng muka, makcik kena marah dengan dron

Gara-gara tidak pakai topeng muka, makcik kena marah dengan dron

Seorang makcik dimarahi dron yang bersuara gara-gara tidak memakai topeng muka ketika wabak koronavirus menular.

Seorang makcik terkejut apabila dron bersuara memberi arahan kepadanya untuk memakai topeng muka dan digesa pulang ke rumah untuk membasuh tangan.

Dalam dunia teknologi hari ini, pelbagai cara digunakan sebagai langkah pencegahan khususnya di China bagi mengelakkan koronavirus.

Berikutan itu pihak berkuasa China telah menemui cara baru untuk memantau orang awam supaya sentiasa menggunakan topeng muka sebagai keselamatan.

Dengan menggunakan dron, alat itu akan terbang kemana-mana sahaja dan mengeluarkan suara untuk memarahi mana-mana individu yang dilihat tidak memakai topeng muka tersebut.

Perkara itu dikongsi Twitter Global Times, menerusi sebuah video yang dimuat naik, memaparkan visual seorang warga emas dimarahi pihak berkuasa, gara-gara tidak mengenakan topeng muka ketika keluar rumah.

“Ya, makcik, dron ini sedang bercakap dengan anda. Anda tidak sepatutnya berada di luar rumah tanpa menggunakan topeng muka.

“Awak sepatutnya pulang ke rumah dan jangan lupa mencuci tangan kamu,” jelas dron itu.

Malah, video tersebut turut menunjukkan penguatkuasaan yang sama dilakukan di beberapa lokasi lain.

Di China, lebih 300 mangsa telah meninggal dunia manakala hampir 15,000 yang lain dijangkiti koronavirus.

Virus itu turut menular di beberapa negara lain sehingga memaksa Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan darurat kesihatan awam global.

Sejak 2016, pihak berkuasa China telah menggunakan dron untuk kerja-kerja pemantauan awam.

Ia juga digunakan dalam pengawasan lalu lintas di beberapa kawasan di negara itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

https://www.youtube.com/watch?v=O-x_3r4FysE

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.