
Penularan wabak koronavirus yang tersebar dengan begitu cepat membuatkan satu dunia panik dan menjadi kelam kabut.
Apatah lagi di negara China sendiri apabila hospital mereka dipenuhi pesakit yang dijangkiti koronavirus.
Berikutan pertambahan mendadak pesakit dan penularan yang begitu cepat, ramai doktor dan jururawat terpaksa bekerja “non-stop” 24 jam sehingga ada yang “overworked” sehinggakan ada yang hendak ke tandas pun tidak sempat.
Menurut laporan CCTV News dari China, oleh kerana tak cukup rehat dan sering berjaga demi menjaga pesakit, doktor-doktor ini dilihat terpaksa tidur atau berehat di mana-mana saja termasuklah atas lantai dan kerusi.

Gambar yang dikongsikan netizen daripada laman Weibo ini menunjukkan beberapa staf medik di sebuah hospital di China memilih untuk tidur atas lantai dan kerusi bagi melepaskan penat lelah walaupun hanya sekejap.
Gambar tersebut turut diberi kapsyen, “Merekalah hero negara ini yang sebenar”.
Malah CCTV News juga sempat repost gambar tersebut dan menulis kapsyen, “Mereka bekerja keras untuk kita! Mereka melawan virus, salute!“.
Malah netizen juga sempat meninggalkan komen positif kepada gambar-gambar tersebut.

“Terima kasih pekerja medik barisan hadapan, mereka bekerja keras. Sangat berterima kasih.”
“Kepada mereka yang mengadu bosan duduk di rumah, lihat doktor-doktor ni. Mereka tidak boleh pulang ke rumah. Mereka juga tak boleh tidur di atas katil. Manakala kita pula, hidup dengan selesa. Hargailah.”
Kebanyakan netizen juga berkata, doktor-doktor ini sedang mengalami detik yang sukar dalam hidup dan sebaiknya netizen lain berikanlah penghormatan yang sewajarnya kepada mereka walaupun selepas wabak ini berakhir nanti.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]