
Cuba bayangkan jika sekarang anda berada dalam kesesakan lalu lintas yang teruk di Lembah Klang, anda pasti akan marah dan bengang dengan keadaan tersebut.
Namun tahukah anda bahawa kesesakan lalu lintas yang masyarakat Malaysia alami kini masih dalam keadaan yang terkawal?
Dan bayangkan pula, anda berada di negara India dan terpaksa berhadapan dengan kesesakan lalu lintas 10 kali lebih teruk berbanding Malaysia.
Menurut Laporan Indeks Trafik Tom Tom, Bengaluru memintas Mumbai sebagai bandar yang mempunyai kesesakan trafik paling teruk di dunia bagi tahun 2019.

Ia diikuti dengan Manila turut mencatatkan jumlah peratusan yang sama, sementara tiga lagi bandar di India iaitu Mumbai, Pune dan Delhi juga mendominasi senarai 10 teratas.
Laporan oleh pengeluar sistem pengesan global (GPS) itu adalah hasil pemerhatian data selama 12 bulan membabitkan 416 bandar di 57 negara.
Menurut laporan tersebut, pengguna jalan raya di Mumbai menghabiskan purata 71% masa perjalanan dalam kesesakan lalu lintas.
Secara purata, penduduk di bandar itu menghabiskan masa selama 10 hari dan 3 jam di atas jalan raya setiap tahun.
Tinjauan di Delhi pula mendapati tempoh perjalanan yang biasanya mengambil masa 30 minit, berlanjutan selama hampir sejam terutamanya pada waktu puncak.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]