Salman Khan dikecam gara-gara rampas telefon peminat ingin selfie

Salman Khan dikecam gara-gara rampas telefon peminat ingin selfie

Individu malang dipercayai bekerja dengan syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang berkenaan bagaimanapun tidak membuat sebarang laporan rasmi selepas telefonnya dirampas Salman.

Salman pamer sikap panas baran, rampas telefon pintar peminatnya yang ingin berselfie dan berlalu pergi.

Pelakon terkenal Bollywood, Salman Khan sememangnya terkenal dengan sikapnya yang panas baran gagal mengawalnya ketika seorang peminat cuba berselfie dengannya.

Tindakan Salman merampas telefon bimbit seorang peminat tersebar di media sosial dan menjadi bualan netizen.

Insiden yang berlaku di Lapangan Terbang Goa menunjukkan aktor itu bersama pembantu dan pengiringnya keluar dari balai ketibaan apabila seorang peminat datang menghalakan telefon untuk berselfie dengannya.

Pelakon itu tiba-tiba naik angin apabila bertindak menepis dan merampas telefon berkenaan sambil berlalu pergi.

Aksi kasar yang dilakukan pelakon filem Sultan ini mencetuskan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata menyifatkan aktor itu sebagai sombong.

Individu malang itu dipercayai bekerja dengan syarikat penerbangan yang beroperasi di lapangan terbang berkenaan bagaimanapun tidak membuat sebarang laporan rasmi.

Menurut Hindustan Times, Inspektor polis di lapangan terbang, Sagar Ekoskar berkata, pihaknya sudah bertanya berkaitan video berkenaan kepada lelaki itu.

Namun lelaki tersebut yang mengesahkan perkara itu enggan membuat sebarang laporan.

Sebelum ini, Salman dilaporkan ada memberitahu dia tidak mempunyai masalah dengan peminat yang ingin dekat dan mencium dirinya selagi mereka mengikuti protokol dan meminta kebenaran.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.