
Dasar itu mula diperkenalkan pada 2002, tetapi dibatalkan pada 2013 berikutan protes daripada guru dan pertubuhan Melayu.
Dalam kenyataan hari ini, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad, yang juga merupakan pemangku menteri pendidikan, berkata, rakyat Malaysia mahu melihat pembaharuan dilakukan dalam dasar pendidikan negara.
“Bahasa Inggeris, sebagai bahasa pengetahuan dan bahasa perantaraan dalam perniagaan dan komunikasi teknikal, menyumbang kepada kemampuan industri untuk bersaing di peringakt dunia,” kata presiden FMM Soh Thian Lai dalam satu kenyataan.
“Manual teknikal adalah dalam bahasa Inggeris. Akses kepada peluang latihan, terutama di peringkat antarabangsa memerlukan kemampuan untuk memahami, berkomunikasi dan menulis dalam bahasa Inggeris.
“Rakyat Malaysia akan terlepas peluang latihan sedemikian jika dasar pendidikan gagal menekankan kepentingan kritikal bahasa Inggeris,” katanya.

Soh berkata, beliau berharap penguasaan bahasa Inggeris yang lebih baik dan pengajaran subjek teras dalam bahasa itu akan membawa kepada langkah progresif untuk mengajar latihan vokasional kritikal dalam bahasa tersebut, terutamanya bagi sektor pembuatan dan perkhidmatan terpilih.
Beliau berkata, bahasa Inggeris adalah bahasa perdagangan dan perundingan antarabangsa. Ia digunakan dalam komunikasi dengan kerajaan dan pihak berkuasa di seluruh dunia.
Katanya, majikan di negara ini berdepan masalah mencari graduan tempatan yang mempunyai kemahiran bahasa Inggeris yang mencukupi untuk menulis dan membincangkan urusan kerja, terutama isu teknikal.
“FMM sudah melobi kerajaan selama bertahun-tahun supaya menjadikan bahasa Inggeris subjek wajib lulus dalam peperiksaan awam.
“Kami berharap wujud komitmen lebih tinggi untuk menjadikan bahasa Inggeris subjek wajib lulus di peringkat SPM dalam masa terdekat ini,” katanya.