
Apa reaksi anda jika binatang seperti zirafah melompat keluar daripada lori ketika berada di jalan raya, dan ia berlaku di depan mata anda?
Pasti anda akan panik dan tidak tahu apa yang perlu dibuat, melainkan hanya melihat situasi tersebut berlaku.
Itulah yang berlaku di sebuah lebuhraya di Bangkok apabila zirafah tiba-tiba melompat keluar daripada sebuah lori.
Memetik laporan AFP, zirafah tersebut antara haiwan yang sepatutnya dipindahkan ke sebuah zoo di wilayah Prachinburi.

Menurut saksi kejadian, ia berlaku ketika berlaku kesesakan lalu lintas, maka zirafah itu terus melompat keluar daripada lori terbabit.
Zirafah itu bagaimanapun berjaya ditangkap menggunakan ubat pelali selepas sepasukan veterinar melakukan operasi mencari dan menyelamat haiwan itu hampir 24 jam.
Operasi pencarian yang dilakukan mendapat sambutan luar biasa daripada rakyat tempatan yang turut mengikuti perkembangan wartawan di wilayah itu menggunakan Facebook Live.
Malah, penunggang motosikal juga turut membunyikan enjin masing-masing bagi menakutkan zirafah itu supaya tidak mengganggu laluan perjalanan di lebuh raya tersebut.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]