Telefon terkecil di dunia tembusi pasaran April ini

Telefon terkecil di dunia tembusi pasaran April ini

Sebuah telefon pintar paling kecil di dunia seberat 31g akan dipasarkan April ini.

Zanko T2 dicipta seberat 31g menjadikan ia sebagai gajet paling kecil di dunia.

Memasuki tahun baru 2020, segalanya menjadi lebih canggih termasuklah gajet yang semakin moden dari semasa ke semasa.

Kesemua syarikat seperti Samsung, iPhone pastinya akan bersaing dengan hebat, menghasilkan rekaan terbaru telefon pintar dengan kelajuan maksima sebagai kemudahan kepada pengguna.

Jika kita lihat fizikal telefon pintar sebelum ini sudah menjadi kecil berbanding dulu, namun 2020 turut menampilkan kelainan apabila telefon pintar yang dihasilkan sebesar pemetik api.

Penghasilan telefon pintar oleh Zanco T2 itu sekaligus menjadikan ia sebagai gajet paling kecil di dunia!

Menerusi Newatlas.com, fungsinya lebih praktikal berbanding telefon pintar Maxwell yang pernah mengejutkan industri telekomunikasi suatu ketika dulu.

Menariknya, meskipun saiz tak ubah seperti sekotak gula getah, namun keupayaannya sama seperti telefon pintar lain seperti merakam gambar dan video bersaiz resolusi 128 x 96 piksel.

Menurut Pengasas Zini Mobiles, Shazad Talib penghasilan telefon pintar mini ini mempunyai kelas tersendiri dan sesuai digunakan golongan minimalis.

Bakal menembusi pasaran pada April ini, ia menjadi gajet paling unik.

“Zanko T2 pula dicipta sebagai alternatif telefon pintar mampu milik dengan daya ketahanan lebih lasak, ultra ringan dan kompak untuk menjalankan aktiviti seharian.

“Saya percaya si kecil ini mampu menjadi solusi berbanding membawa peranti pintar yang tidak sesuai dibawa untuk aktiviti ekstrem,” katanya.

Dengan berat hanya 31 gram sahaja, Zanko T2 dicipta dengan bateri yang mampu bertahan sehingga 7 hari selain memiliki ciri storan 32GB dan akses sambungan Bluetooth.

Ia mampu menjadi peneman setia anda dalam apa jua keadaan sama ada beriadah, berjoging dan boleh mendengar muzik menggunakan gajet ini.

Penggunaannya lebih santai, anda tidak akan dikusutkan dengan gangguan emel dan media sosial namun dalam masa yang sama panggilan dan mesej penting tidak akan dipingirkan.

Mungkin gajet ini akan menjadi sedikit bermasalah kepada mereka yang mempunyai fizikal tangan besar kerana sukar untuk menekannya, namun ia memang mudah untuk dibawa ke mana-mana.

Menurut Shazad lagi, gajet ini dijangka menembusi pasaran April 2020.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.