Koronavirus: Kejohanan Olahraga Indoor Dunia 2020 di Nanjing ditangguh

Koronavirus: Kejohanan Olahraga Indoor Dunia 2020 di Nanjing ditangguh

Olahraga Sedunia percaya ia dapat mencari tarikh sesuai pada 2021 untuk acara Kejohanan Olahraga Indoor Sedunia tahun depan.

Berikutan penularan wabak koronavirus Kejohanan Olahraga Indoor Sedunia 2020 yang dijadual diadakan dari 13-15 Mac ini di Nanjiang, China ditangguhkan ke Mac tahun depan. (Gambar Bernama)
KUALA LUMPUR:
Olahraga Sedunia hari ini bersetuju dengan penganjur untuk menangguhkan Kejohanan Olahraga Indoor Sedunia 2020 di Nanjing, China susulan penularan wabak 2019 Novel Koronavirus di negara berkenaan.

Kejohanan itu yang dijadual diadakan dari 13-15 Mac ini akan ditangguhkan ke Mac tahun depan.

Olahraga Sedunia, sebuah badan sukan olahraga antarabangsa, dalam kenyataannya berkata, keputusan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada pasukan perubatan yang berhubung dengan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang memberitahu bahawa penularan virus itu di dalam dan luar China masih di peringkat membimbangkan dan tidak seorang pun boleh meneruskan sebarang perhimpunan besar yang boleh ditangguhkan.

“Kami tahu bahawa China sedang berusaha sebaik mungkin untuk membendung wabak koronavirus itu dan kami menyokong mereka dalam semua usahanya, tetapi adalah perlu bagi kita memaklumkan kepada atlet, anggota persekutuan dan rakan mengenai situasi keadaan dan masa hadapan.

“Kita menimbang kemungkinan penempatan semula acara itu ke negara lain dan ingin berterima kasih kepada bandaraya berkenaan yang secara sukarela bersedia menjadi hos kejohanan.

“Bagaimanapun, memberi pertimbangan masih wujud penularan virus itu di luar China, kami membuat keputusan untuk tidak bersetuju dengan pilihan itu kerana ia mungkin akan ditangguh.

Olahraga Sedunia percaya ia dapat mencari tarikh sesuai pada 2021 untuk hos acara itu dan Nanjiang diberi tempoh perancangan dan persediaan lanjut untuk acara ini.

“Kami memilih untuk tidak membatalkan kejohanan itu kerana ramai daripada atlet kita mahukan acara itu diadakan agar kita boleh mula bekerja dengan atlet, rakan dan jawatankuasa penganjur Nanjing bagi mendapatkan satu tarikh.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.