
Menteri Saifuddin Nasution Ismail berkata kerajaan maklum akan kehabisan topeng muka di pasaran. Beliau dimaklumkan bekalan berkurangan kerana kilang pembekal tutup sempena cuti perayaan Tahun Baru Cina.
“Kita dah maklum pada pihak pengeluar dan mereka akan meningkatkan pengeluaran mereka dan beroperasi seperti biasa,” katanya pada sidang media selepas majlis kempen beli barangan tempatan hari ini.
Permintaan untuk topeng muka melonjak sejak wabak koronavirus mendapat liputan meluas media. Setakat tengah hari tadi 8 jumlah kes disahkan positif di Malaysia, kata pihak berkuasa.
Media melaporkan topeng muka kehabisan bekalan memaksa pengguna membuat tempahan awal dan dimasukkan dalam senarai menunggu.
“Sekarang ini permintaan begitu tinggi dan bekalan sekarang tidak dapat menampung permintaan,” kata Saifuddin.