India sahkan kes pertama koronavirus

India sahkan kes pertama koronavirus

Kementerian Kesihatan India melaporkan pelajar yang berasal dari selatan Kerala itu didapati positif ujian koronavirus.

Kerajaan India menasihatkan rakyatnya supaya tidak melakukan perjalanan ke China.
NEW DELHI:
India mengesahkan kes pertama koronavirus novel 2019 melibatkan seorang pelajarnya yang menuntut di Universiti Wuhan, China.

Kementerian Kesihatan India melaporkan pelajar yang berasal dari selatan Kerala itu didapati positif ujian koronavirus.

“Pesakit itu kini dalam wad pengasingan di hospital dan berada dalam keadaan stabil serta dipantau dengan teliti,” menurut kementerian itu pada Khamis.

Kerajaan India menasihatkan rakyatnya supaya tidak melakukan perjalanan ke China dan mereka yang datang dari negara itu perlu memantau kesihatan mereka.

Wabak virus itu menular di China sehingga menyebabkan 170 kematian dan kira-kira 8,000 orang jatuh sakit.

Kementerian Hal Ehwal Luar Negeri India pula memaklumkan negara itu sedang bersedia untuk membawa keluar rakyatnya yang terjejas dengan koronavirus di wilayah Hubei, China.

Kerajaan mewujudkan talian bantuan 24 jam untuk memberi maklumat mengenai koronavirus dan pasukan perubatan juga ditempatkan di lapangan terbang untuk memantau kes-kes yang disyaki.

Latihan kecemasan turut dilakukan di bandar selatan Chennai bagi menguji kesediaan perubatan untuk virus itu.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.