China diserang koronavirus, Afrika diserang jutaan belalang

China diserang koronavirus, Afrika diserang jutaan belalang

Awal tahun ini, banyak negara diserang masalah besar yang memberi kemudaratan kepada masyarakat seperti di China dengan koronavirus dan Afrika Tengah pula dengan serangan jutaan belalang gurun.

(Gambar Reuters)

Baru sahaja bermula 2020, namun pelbagai insiden besar berlaku menimpa masyarakat di seluruh dunia.

Dalam kekecohan tentang penularan koronavirus, di wilayah Afrika Timur pula mengalami serangan daripada jutaan belalang gurun.

Ia merupakan serangan terburuk pernah berlaku sepanjang tempoh 25 tahun dan jumlah itu akan meningkat 500 kali ganda menjelang Jun ini.

Ia berlaku di beberapa lokasi seperti Habsyah, Kenya dan Somalia.

(Gambar Reuters)

Menurut Reuters, serangan mengakibatkan kemusnahan ribuan hektar ladang sehingga menimbulkan krisis kekurangan bekalan makanan di wilayah itu.

Difahamkan, serangan belalang gurun setakat ini telah memusnahkan hampir 70,000 hektar tanah di Somalia, yang menyebabkan petani kerugian besar dan kehilangan sumber pendapatan mereka.

Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) juga memberi amaran bahawa belalang gurun ini mungkin akan memberi kesan kepada negara di kawasan Timur Tengah dan juga Asia Selatan.

(Gambar Reuters)

Turur dilaporkan jumlah belalang ini terlalu banyak sehingga ia boleh dilihat memenuhi langit sepanjang 60 kilometer.

Keadaan yang semakin meruncing itu memaksa negara yang terjejas meminta bantuan daripada antarabangsa.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.