Apa harus dilakukan jika dibuang kerja?

Apa harus dilakukan jika dibuang kerja?

Persediaan rapi harus dilakukan supaya anda tidak panik, bimbang dan gusar dengan sebarang kemungkinan seperti kes dibuang kerja.

Dibuang kerja bukan suatu berita gembira kepada sesiapa pun, maka ia tidak perlu dikongsi secara umum.

Namun menyimpan perasaan yang kusut tentang perkara itu juga bukan perkara yang baik kerana ia boleh menyebabkan tekanan pada diri sendiri.

Dalam hal ini, pengawalan emosi yang baik adalah perlu supaya masih lagi boleh berfikir secara rasional apa tindakan seterusnya perlu dilakukan.

Selain itu beberapa perkara lain turut perlu diambil kira supaya kekal stabil dan dan boleh terus maju ke hadapan :

1. Jangan panik

Anda tidak seharusnya membuat keputusan terburu-buru, sebaliknya perlu tenang, jangan panik dan terus berfikir secara positif tentang kehidupan yang seterusnya.

Ini kerana jika anda masih lagi mengingati pada perkara yang lalu, anda tidak boleh membawa diri keluar daripada kegelapan tersebut apatah lagi menerima perubahan ke arah yang lebih baik.

2. Cuba berunding

Ini adalah langkah yang boleh anda ambil sekiranya anda masih menyayangi tempat kerja anda itu. Sekiranya jabatan anda sudah membuat keputusan untuk mengurangkan staf, maka anda boleh melakukan rundingan untuk diletakkan di jabatan yang lain buat sementara waktu. Sekiranya layak, ambil masa ini untuk menimbang pilihan lain pula di masa hadapan.

3. Ajukan soalan

Sekiranya anda dipecat secara tiba-tiba tanpa notis atau sebagainya, anda wajar untuk bertanyakan soalan. Yang pasti, ia adalah hak anda untuk mengetahui punca dan seterusnya mengenai status anda. Jangan terus keluar dari pintu pejabat. Pergilah ke jabatan sumber manusia dan selidiki mengenai gaji, rujukan, faedah, insuran serta apa saja yang melibatkan pemecatan ini.

4. Kawal perbelanjaan

Buat masa ini, anda perlu membuat catuan sebaiknya supaya tidak membelanjakan wang secara berlebihan.

Catat setiap aliran wang keluar masuk supaya anda tahu berapa banyak wang yang telah digunakan.

Ini kerana anda perlu memastikan supaya komitmen dengan pihak bank tidak tersangkut bagi menjaga rekod dalam data mereka.

Ia memudahkan anda untuk membuat pelaburan di masa hadapan atau membeli sebarang a set seperti rumah atau kereta.

5. Tuntut hak anda

Sekiranya anda dibuang kerja bukan kerana kesalahan anda, anda wajib untuk menuntuk hak anda iaitu berupa pampasan yang selayaknya diberikan kepada anda. Hubungi pihak-pihak tertentu berkaitan isu legal mengenai pemecatan anda ini dan cuba lindungi hak anda sebagai pekerja. Jangan sesekali biarkan majikan mengambil kesempatan terhadap anda.

6. Bersedia untuk “move on”

Sebaik saja anda menjangkakan yang kontrak tidak akan disambung, anda seharusnya membuat persediaan rapi untuk menghadapi situasi ini.

Kemaskini kembali semua butir-butir peribadi serta pengalaman anda bekerja di bawah majikan tersebut untuk menghadiri temuduga di tempat kerja baru.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.