
Membeli-belah sememangnya aktiviti yang paling digemari semua orang terutamanya wanita.
Namun antara kemudahan yang didambakan sesiapa sahaja yang hendak ke pusat membeli-belah pastinya parkir yang banyak dan selesa.
Tapi apa yang ditampilkan IKEA di Vienna, Austria ini ternyata sangat berbeza.
Bangunan yang sedang dalam pembinaan ini bakal memperkenalkan konsep baru iaitu tanpa lot parkir.
Pasti semua tertanya bagaimana hendak membawa pulang barang yang dibeli jika tidak dapat membawa kereta ke situ.

Gedung itu sengaja dibina tanpa lot parkir walaupun ia mempunyai keluasan sebanyak tujuh tingkat.
Rupa-rupanya, IKEA di Vienna ini sengaja tidak menyediakan lot parkir dalam bangunan tersebut kerana para pengguna tidak mempunyai keperluan untuk membawa pulang barangan menggunakan kereta.
Ini kerana pihak IKEA bakal menguruskan dan menghantar semua barangan yang besar kepada para pelanggan.
Dalam pada itu, gedung itu terletak berhampiran dengan stesen tram di mana ianya bakal memudahkan para pengguna untuk berjalan kaki, berbasikal atau menggunakan pengangkutan tram untuk membeli belah di sana.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]