Pendandan lelaki tonjol badan sasa tarik wanita ke salon

Pendandan lelaki tonjol badan sasa tarik wanita ke salon

Pelbagai strategi digunakan bagi meningkatkan promosi sesebuah perniagaan untuk menarik para pelanggan.

Apabila bercakap tentang salon rambut, sesuatu yang normal khasnya untuk golongan wanita bagi membuat dandanan rambut dengan pelbagai gaya.

Namun bukan sesuatu yang luar biasa, golongan lelaki juga mempunyai salon khas untuk mereka dengan potongan bermacam gaya.

Namun di Thailand, terdapat satu salon rambut khas buat golongan wanita yang pereka rambutnya adalah lelaki!

Menurut Coconuts, premis itu dikenali sebagai “Sutteerak Hair Salon” menawarkan “one time experience” kepada para pelanggan perempuan untuk dilayani model lelaki tanpa baju bersempena dengan pembukaan cawangan kedua mereka.

Ia terletak di wilayah Chanthaburi, Thailand.

Difahamkan pengurusan salon itu mengupah 4 orang model lelaki untuk melayani serta menghiburkan pelanggan pada perasmian tersebut sahaja.

Bukan setakat gunting dan mencuci rambut, malah pelanggan wanita akan dihiburkan dengan persembahan tarian daripada 4 model tersebut.

Mereka juga buat servis dukung pelanggan perempuan di dalam kawasan salon atas permintaan.

4 model berbadan sasa ini berdiri di depan entrance dan membuka pintu untuk semua wanita yang datang.

Mereka kemudian akan mengiringi wanita itu ke dalam salon dan menurut “perintah” mengikut permintaan.

Jika anda datang selepas ini ke kedai tersebut, usah berangan kerana layanan istimewa itu hanya untuk promosi pembukaan kedai sahaja dan tidak lagi ditawarkan selepas ini.

Namun ada tetap akan dilayan dan didandan oleh 4 lelaki sasa ini jika berkunjung ke salon itu.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.