Filem seram Hollywood berdasarkan kisah benar

Filem seram Hollywood berdasarkan kisah benar

Kebanyakan filem seram yang diadaptasi menjadi filem sering berdasarkan kisah benar yang berlaku dalam kehidupan seharian.

Semua orang pasti teruja dan suka tengok filem seram.

Namun ia terpulang sama ada orang itu berani atau tidak untuk tengok sendirian atau secara berkumpulan.

Filem seram sememangnya terkenal sering menggunakan unsur mistik atau insiden ngeri.

Malah sesetengah karya yang dihasilkan ini sebenarnya berdasarkan kisah benar.

Ini senarai filem seram Hollywood yang diadaptasikan daripada kisah sebenar yang berlaku dalam kehidupan.

1. The Texas Chainsaw Massacre (1974)

Filem ini merupakan arahan Tobe Hooper yang mula diyangkan pada 11 Oktober 1974 dan menampilkan barisan pelakon seperti Marilyn Burns dan Paul A. Partain.

Diinspirasikan daripada kisah pembunuh bersiri terkenal, Ed Gein ia mengisahkan tentang sekumpulan remaja yang menaiki van untuk mencari hiburan.

Bagaimanapun, nasib malang mula menimpa mereka apabila mereka bertindak menumpangkan seorang wanita yang kemudiannya menembak kepalanya sendiri.

2. The Exorcism of Emily Rose (2005)

Satu lagi filem seram arahan Scott Derrickson yang diterbitkan pada 9 September 2005 di United States, The Exorcism of Emily Rose sebenarnya diinspirasikan daripada kisah seorang gadis bernama Anneliese Michael.

Anneliese Michael, 19, mula mengalami gangguan sewaktu di sekolah menengah sehingga menyebabkan dia berhalusinasi dan mendengar bisikan suara ghaib.

Doktor di psikiatri klinik Wurzburg kemudiannya mengesahkan Anneliese mengalami grand mal epilepsi.

Namun setelah rawatan moden tidak memberikan apa-apa kesan kepada Anneliese, ibu bapanya mula menggunakan rawatan alternatif yang digelar exorcism.

Dengan bantuan paderi Katolik bernama Father Arnold Renz dan Pastor Ernst Alt, Anneliese menjalani prosedur exorcism 67 kali.

Sepanjang prosedur berkenaan berjalan, Anneliese melakukan pelbagai perkara pelik seperti memakan lalat, menyalak seperti anjing dan menjerit berjam-jam.

Menurut paderi berkenaan, Anneliese menunjukkan tanda-tanda dia dirasuk lebih dari satu makhluk halus yang berjaya dikenal pasti sebagai Lucifer, Judas Iscariot, Nero, Cain dan Fleishmann.

3. The Conjuring (2013)

The Conjuring sebuah filem seram yang diarahkan oleh James Wan dan mula ditayangkan pada 19 Julai 2013. Ia memaparkan kisah sebenar yang dialami oleh keluarga Perron setelah berpindah ke rumah baharu mereka di Harrisville ,Rhode Island pada tahun 1971.

Setelah tidak tahan diganggu oleh makhluk paranormal di rumah itu, keluarga berkenaan meminta pertolongan Ed dan Lorraine Warren.

Selepas disiasat, pasangan Warren mendapati rumah itu pernah didiami oleh seorang ahli sihir bernama Bathsheba yang telah mengorbankan anak-anaknya kepada syaitan sebelum mengambil nyawanya sendiri.

Pasangan Ed dan Lorraine Warren kemudiannya mencadangkan keluarga Perron untuk melakukan ritual pengusiran syaitan dari rumah berkenaan.

Sehingga kini, kediaman itu masih lagi berdiri teguh dan sudah didiami keluarga lain.

Bagaimanapun, pasangan yang tinggal di situ mendakwa mereka juga diganggu makhluk paranormal lain yang mendiami rumah berkenaan.

4. The Amityville Horror (2015)

Filem arahan dari Andrew Douglas yang diterbitkan pada 15 April 2005 di United States ini menampilkan pelakon-pelakon terkenal seperti Ryan Renolds , Melissa George , Chloe Grace Moretz dan Philip Baker Hall.

Seperti filem-filem lain di dalam senarai ini, The Amityville Horror juga diinspirasikan daripada kisah benar sepasang suami isteri iaitu George dan Kathleen yang telah berpindah ke rumah baru di 112 Ocean Avenue, Amityville, New York bersama anak-anak mereka.

Suatu malam, anak sulung pasangan itu yang dikenali sebagai Ronald Defeo Jr. pergi ke sebuah bar dan menjerit memberitahu bahawa kedua ibu-bapanya telah mati ditembak.

Setibanya di lokasi kejadian, pihak polis menjumpai kesemua ahli keluarga Ronald Defeo Jr. telah mati dengan kesan tembakan.

Siasatan lanjut kemudiannya mendedahkan Ronald Defeo Jr. mempunyai sepucuk pistol yang sepadan dengan peluru yang dijumpai pada badan mangsa.

Pada 21 November 1975, Ronald Defeo Jr. dihukum penjara seumur hidup atas kesalahan membunuh kesemua ahli keluarganya.

Sehingga kini, motif kejadian masih tidak diketahui tetapi Ronald Defeo Jr. mendakwa ada suara ghaib yang menyuruhnya berbuat demikian.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.