
Gara-gara wabak koronavirus yang merebak di Wuhan, China, sehingga mengakibatkan 25 kematian direkodkan, 4 filem terbaru yang dihasilkan di negara itu terpaksa ditangguhkan tayangannya di Malaysia.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh TGV Cinemas dan MBO Cinemas di laman Facebook mereka.
Pengguna aplikasi mudah alih tiket atas talian TGV turut dimaklumkan melalui satu notis “pop up” yang memberitahu penundaan tersebut.
“Berikutan penularan wabak Koronavirus di China, beberapa studio dari negara itu menangguhkan tayangan di seluruh dunia,” kata notis tersebut.
Notis penangguhan tayangan disebabkan penularan wabak itu juga turut dikeluarkan MBO Cinemas di Facebook mereka.
Malah di laman facebook Golden Screen Cinemas (GSC) juga mendapati 4 tajuk filem tersebut tidak dapat ditayangkan seperti yang dijadualkan sebelum ini.

Bagaimanapun notis yang dikeluarkan pihak GSC tidak memberitahu sebab penundaan tayangan tersebut.
Pelanggan yang sudah membeli tiket untuk kesemua filem tersebut bagaimanapun tidak perlu bimbang kerana kedua-kedua syarikat tersebut akan membayar balik wang tiket tersebut dalam masa 14 hari.
Penangguhan tayangan filem-filem tersebut sudah pastinya sedikit mengganggu kemeriahan mereka yang telah pun merancang untuk menonton wayang sempena Tahun Baru Cina ini.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]