Wow… Perpustakaan mini dalam keretapi di Seoul

Wow… Perpustakaan mini dalam keretapi di Seoul

Menaiki pengangkutan awam di Seoul iaitu keretapi, sambil membaca buku di perpustakaan mini satu pengalaman yang perlu dirasai.

Amalan membaca harus ditetapkan dalam diri sejak kecil lagi kerana ia merupakan nilai positif yang perlu ada bagi meningkatkan pengetahuan.

Ia tidak kira tempat kerana membaca tiada had masa dan di mana sahaja kita berada.

Begitulah konsep yang diterapkan di Korea Selatan apabila menyediakan perpustakaan mini di laluan sepanjang Gyeongui iaitu kira-kira 124km dari Stesen Munsan di Paju ke Stesen Yongmun di Yangpyeong.

Menurut Korea.net, terdapat lebih 500 buku yang disusun rapi di rak buku meliputi pelbagai genre termasuk novel.

Selain itu terdapat juga empat alat elektronik dikenali e-Buku untuk memudahkan penumpang mencari buku kegemaran mereka

Rata-rata penumpang yang menaiki kereta api itu begitu teruja kerana merasakan mereka berada di dalam mini perpustakaan dan ternyata ia pengalaman cukup luar biasa.

Seorang penumpang enggan dikenali berkata, “Buku-buku ini boleh menemaninya sepanjang perjalanan bagi mengelakkan kebosanan.

“Daripada asyik tertumpu kepada telefon pintar, lebih baik saya memilih untuk membaca buku. Ia adalah langkah terbaik,” katanya.

Selain itu, kereta api ini turut menampilkan kelainan kerana pihak pengurusan menganjurkan program berskala kecil dengan menjemput penulis buku untuk berkongsi pengalaman dengan penumpang.

Lebih menarik, aktiviti dianjurkan itu semuanya adalah percuma, penumpang hanya perlu membayar tambang kereta api.

Sementara itu, menerusi Twitter, seorang wanita dikenali @iatemuggles memuat naik status mengenai kewujudan perpustakaan mini hingga mendapat perhatian netizen.

Kata Kenn, “Menarik sungguh!” manakala Baihaqi memberitahu, sekiranya konsep itu dibuat di negara ini, kebanyakan buku akan hilang sebelum tiba di stesen seterusnya.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.