Pemimpin militan sekutu Soleimani dibunuh di depan rumah

Pemimpin militan sekutu Soleimani dibunuh di depan rumah

Komander Basij, Abdolhossein Mojaddami ditembak mati di depan rumahnya oleh 2 orang menaiki motosikal.

Abdolhossein Mojaddami.
DUBAI:
Individu bersenjata di Iran menembak mati seorang komander kumpulan militan Basij yang merupakan sekutu Qasem Soleimani, komander Kor Pengawal Revolusi Islam (IRGC) Iran yang terbunuh dalam serangan dron Amerika Syarikat di Riaq, kata agensi berita rasmi Irna semalam.

Basij terletak bawah (IRGC), pasukan keselamatan paling berkuasa di Iran.

Irna berkata Abdolhossein Mojaddami, seorang komander Basij di bandar Darkhovin di wilayah Khuzestan ditembak mati kelmarin di depan rumahnya oleh 2 orang menaiki motosikal.

Belum ada pihak mengaku bertanggungjawab atas serangan itu, kata Irna. Ia menggambarkan Mojaddami sebagai seorang “pembela makam”, merujuk kepada anggota pasukan keselamatan yang bertempur dalam konflik di Iraq dan Syria baru-baru ini.

Soleimani, seorang jeneral yang menyelia kempen Iran meluaskan pengaruhnya di Timur Tengah, terbunuh di Lapangan Terbang Baghdad pada 3 Jan, menyebabkan Iran melancarkan peluru berpandu terhadap tentera AS di Iraq ketika konfrontasi mengenai program nuklear Iran dan isu keselamatan serantau melarat.

Pada Sabtu, AS berkata ia mengenakan sekatan ke atas seorang jeneral IRGC di Khuzestan yang mengetuai unit yang dituduh Washington bertanggungjawab ke atas kematian penunjuk perasaan anti-kerajaan pada November.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.