Lisa Blackpink raih anugerah ‘Akaun Paling Disayangi’ bukti selebriti paling berpengaruh

Lisa Blackpink raih anugerah ‘Akaun Paling Disayangi’ bukti selebriti paling berpengaruh

Lisa telah menjadi artis K-Pop paling berpengaruh sejak tahun 2018 dan menewaskan selebriti lain dengan 28.7 juta pengikut di Instagram.

Kumpulan Blackpink nama yang tidak asing lagi di kalangan peminat muzik K-Pop di Malaysia.

Populariti kumpulan ini sememangnya tidak dapat dipertikaikan ditambah pula dengan kecantikan semua ahli kumpulan itu yang dianggotai oleh Jennie, Jisoo, Lisa dan Rose.

Dan baru-baru ini salah seorang ahli kumpulan Blackpink iaitu Lisa diumum sebagai pemenang anugerah bagi kategori Akaun Paling Disayangi (Most Beloved Account) pada majlis tahunan penganugerahan Korea 2019 baru-baru ini.

Anugerah terbabit dinilai berdasarkan jumlah tontonan, komen, serta tanda suka yang diterima Lisa pada akaun Instagram miliknya sepanjang tahun lalu.

Lisa telah menjadi artis K-Pop paling berpengaruh sejak tahun 2018 apabila mendominasi industri itu dan menewaskan selebriti lain dengan 28.7 juta pengikut di Instagram.

“Ia merupakan suatu penghargaan yang amat besar apabila akaun Instagram saya dipilih sebagai akaun paling digemari ramai.

“Terima kasih atas sokongan anda, saya akan terus berusaha untuk menjadi penghibur dan akan sentiasa meluangkan masa untuk berinteraksi dengan peminat.

“Bukan sahaja peminat daripada Korea tetapi di seluruh negara!” ujarnya seperti dilaporkan dalam allkpop.com

Penyanyi berusia 23 tahun ini mula mendaftar di aplikasi sosial tersebut pada Jun 2018 dan pencapaiannya itu disifatkan luar biasa kerana berjaya meraih pengikut yang begitu ramai dalam masa kurang setahun.

Selain Lisa, Rose turut menerima anugerah bagi kategori Video Paling Disukai (Most Loved Video) apabila video disebalik tabir persembahan kumpulan Blackpink ketika di Coachella sebelum ini mendapat jumlah tontonan paling tinggi di Instagram.

“Saya hanya merakam momen ketika kami bergembira di Coachella… tak sangka peminat menghargai video itu sehingga saya berjaya meraih anugerah ini.

“Saya akan terus memuat naik posting dengan content yang lebih menarik untuk anda lihat,” katanya.

Blackpink menjadi kumpulan berasal dari Korea Selatan yang memiliki peminat di serata dunia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.