Wartawan kongsi pengalaman dijemput makan ‘babi halal’

Wartawan kongsi pengalaman dijemput makan ‘babi halal’

Teknologi canggih hari ini mampu menghasilkan patty berasaskan kacang soya yang rasa dan bau seperti daging babi.

Suatu perkara mustahil apabila daging babi boleh ditukar menjadi halal kepada orang Islam, kerana larangan itu jelas dalam agama itu.

Seorang wartawan laman berita teknologi, Abrar Al-Heeti dari CNET.com berkongsi pengalamanya diundang ke majlis “Impossible Foods” anjuran sebuah syarikat yang menghasilkan “babi halal”.

Laporanya mengenai teknologi yang boleh menghasilkan patty berasaskan kacang soya dengan rasa dan bau seperti daging babi menjadi perbualan hangat di media sosial.

Menurut Abrar, kebanyakan hadirin yang merasai patty itu percaya rasa dan baunya seperti daging babi sebenar.

Bagi Abrar sendiri, yang tidak pernah menyentuh haiwan babi, patty buatan itu sukar ditelannya.

Pelancaran “babi halal” ini mencetuskan perdebatan dalam masyarakat dunia. Ada yang ingin merasainya, dan ada juga yang ingin mengetahui status halal daging bautan itu.

Bahan utama daging buatan itu adalah “hemeprotein”, sejenis protein yang diambil daripada akar pokok soya yang mempunyai tekstur seperti daging babi asli.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.