Selepas ikan dan lembu, kini kambing pula dilahirkan berwajah manusia

Selepas ikan dan lembu, kini kambing pula dilahirkan berwajah manusia

Kambing mutan berwajah seakan-akan manusia itu dilahirkan di Rajasthan, India gemparkan penduduk setempat.

Apa sahaja binatang yang dilahirkan tidak normal pasti akan membuatkan sesiapa sahaja terkejut.

Dan inilah yang berlaku di Rajasthan, India apabila penduduknya gempar melihat seekor kambing mutan yang dilahirkan dengan wajah manusia.

Menurut pemiliknya Mukeshji Prajapap, dari kampung Nimodia di Jaipur haiwan tersebut baru saja dilahirkan beberapa hari lalu dan foto-foto kambingnya itu didedahkan kepada orang ramai.

Foto berkenaan menunjukkan haiwan tersebut mempunyai muka yang rata dengan wajahnya seakan-akan manusia.

Pakar berpendapat bahawa kambing itu mengalami kecacatan kongenital yang jarang-jarang berlaku, dikenali sebagai “cyclopia”, yang mana gen dalam keadaan biasa membuat simetri muka gagal untuk menyatakan dengan jelas lapor Daily Star.

Bagaimanapun, ia bukanlah haiwan pertama yang dilahirkan dengan wajah mirip manusia, kerana sudah ada binatang lain seperti lembu mempunyai ciri-ciri unik itu.

Malah terdapat ikan yang turut dijumpai mempunyai wajah seperti manusia.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.