JAL, Air France-KLM sasar saham Malaysia Airlines, kata laporan

JAL, Air France-KLM sasar saham Malaysia Airlines, kata laporan

Air France-KLM menyasarkan 49% saham manakala Japan Airlines (JAL) pula 25%, kata sumber.

PETALING JAYA: Dua syarikat penerbangan asing antara mereka yang dikatakan berminat membeli kepentingan dalam Malaysia Airlines.

Reuters memetik sumber berkata Air France-KLM menyasarkan 49% saham manakala Japan Airlines (JAL) pula 25%.

Semalam, Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad dilaporkan berkata kerajaan menerima 5 cadangan untuk syarikat penerbangan nasional yang dibebani hutang itu.

Kerajaan mencari rakan strategik bagi syarikat penerbangan yang mengalami masalah kewangan itu, yang masih memulihkan daripada 2 tragedi pada 2014, iaitu ketika apabila pesawat MH370 hilang secara misteri dan pesawat MH17 yang ditembak jatuh di timur Ukraine.

Sumber memberitahu Reuters bahawa selain AirAsia, Malindo Air, cawangan syarikat Indonesia, Lion Air, juga menyerahkan cadangan.

Malaysia Airlines dan JAL merupakan ahli pakatan syarikat penerbangan oneworld, manakala Air France-KLM pula ahli SkyTeam.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.