
Menjadi impian setiap ibu bapa untuk membesarkan anak yang sihat.
Selain itu, anak yang pintar dan bijak juga merupakan kelebihan yang kebanyakan ibu bapa idamkan.
Begitulah juga dengan kanak-kanak berumur 4 tahun ini yang merupakan ahli paling muda dan berjaya diterima masuk Mensa British.
Pastinya, syarat untuk menjadi ahli Mensa ialah mempunyai tahap IQ yang tinggi.
Muhammad Haryz Nadzim Mohd Hilmy Naim, kanak-kanak berusia 4 tahun telah mencipta sejarahnya tersendiri sebagai ahli termuda dalam persatuan IQ tinggi global, Mensa.

Beliau yang memiliki IQ sebanyak 142 dalam ujian Stanford Binet, Haryz mula ditawarkan keahlian di dalam persatuan ini pada 14 Januari lalu.
Ketika Haryz hanya berusia 7 bulan, ibunya, Nur Anira Asyikin Hashim, 30 dapat merasakan anaknya itu lain daripada yang lain.
Dan ketika Haryz berumur dua tahun, dia sudah boleh baca “bedtime” story sebelum tidur untuk dirinya sendiri.
Kedua ibu bapa Haryz yang kini menetap di Durham, United Kingdom dan mempunyai latar belakang kejuruteraan tidak pernah menyangka anak mereka itu mempunyai bakat walaupun masih kecil.

“Kami tak mempunyai banyak pengalaman dan menganggap semua bayi adalah sama.
“Pada mula kami dapat mengetahui bahawa Haryz lain daripada yang lain ketika menghantarnya ke nursery,” kata ibunya memetik laporan.
Beliau banyak menghabiskan masa menelaah buku-buku karya Julia Donaldson antaranya ialah Zog, The Gruffalo dan The Gruffalo Child.
Muhammad Harzy yang lahir di United Kingdom menurut ibunya mempunyai kekuatan dalam mengingati setiap perkara yang diceritakan oleh mereka.
Tambah ibunya lagi, setiap kali mereka membacakannya buku, anaknya akan cuba mengulang kembali apa yang diceritakan oleh ibu bapanya dengan lebih terperinci.
Ibunya mula memahami tentang kelebihan Harzy apabila diberitahu oleh guru sekolahnya selepas melihat kelakuan anaknya berlainan daripada kanak-kanak lain.
Pihak sekolah memberi cadangan agar Harzy dirujuk ke pakar dan daripada situ titik pertemuan dengan Mensa bermula.
Nur Anira Asyikin, bersama suaminya, Mohd Hilmy Naim Mohd Yakin, 31, mula menetap di UK sejak 2015 bagi melanjutkan pengajian Ijazah Kedoktoran (PhD) dalam bidang kejuruteraan.

Haryz juga mempunyai Youtube channelnya sendiri bernama Little Haryz supaya kanak-kanak lain boleh mendapat inspirasi.
Haryz juga seperti kanak-kanak sebaya dengannya yang juga bermain, melukis dan menyanyi.
“Kami berinteraksi dengan Haryz dalam Bahasa Melayu. Kebahagiaan Haryz merupakan keutamaan saya dan suami.”
Haryz suka membaca buku dan bercakap mengenai angkasa lepas serta berkaitan nombor.
Lebih menarik, Bahasa Inggeris bukanlah bahasa utamanya di rumah.
Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]