
Data pada Jumaat lepas menunjukkan pembinaan rumah di Amerika Syarikat (AS) melonjak ke paras tertinggi dalam tempoh 13 tahun pada Dis dengan jualan runcit juga meningkat dan aktiviti pembuatan melantun semula ke paras tertingginya dalam tempoh 8 bulan.
Pada 6 petang, ringgit berada pada 4.0580/0620 berbanding dolar AS daripada 4.0520/0560 pada Jumaat minggu lepas.
Peniaga itu berkata, pasaran ringgit juga berada dalam suasana berhati-hati ketika peniaga mencari hala tuju pasaran menjelang pengumuman indeks harga pengguna (IHP) dan keputusan dasar oleh Bank Negara Malaysia minggu ini.
Ketua strategi pasaran Asia AxiTradert Stephen Innes berkata, BNM dijadual bermesyuarat pada Rabu apabila ia dijangka mengekalkan kadar dasar semalamnya tidak berubah, bergantung kepada data ekonomi daripada perkembangan fasa pertama perjanjian perdagangan AS-China.
“Unit tempatan dijangka menerima rangsangan utama daripada pemulihan perdagangan global, jadi data ekonomi dunia yang bertambah baik boleh menjadi kunci kepada pemulihan semula ringgit,” katanya.
Keseluruhannya, ringgit diniagakan bercampur-campur berbanding mata wang utama lain.
Unit tempatan tidak berubah berbanding dolar Singapura kepada 3.0108/0142 daripada 3.0108/0149 pada Jumaat minggu lepas dan susut berbanding yen Jepun kepada 3.6831/6877 daripada 3.6776/6816.
Ringgit susut berbanding euro kepada 4.4995/5056 daripada 4.5083/5139 pada Jumaat minggu lepas, tetapi meningkat berbanding pound Britain kepada 5.2685/2757 daripada 5.2895/2963.