
Beliau berkata, penyebaran “borang permohonan keahlian PPBM” yang kononnya merupakan permohonan Zuraida untuk menyertai PPBM adalah satu perbuatan yang sangat tidak bertanggungjawab.
“Saya turut ambil maklum mengenai surat tersebut yang menggunakan kepala surat Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT).
“Dengan tegas dinyatakan bahawa tularan tersebut adalah palsu dan merupakan kerja jahat dan amatur pihak tertentu yang cuba menangguk di air keruh atas situasi politik dalaman parti yang berlaku sekarang ini,” katanyadalam satu kenyataan hari ini.
Hizwan berkata, Zuraida Kamaruddin adalah naib presiden PKR dan sehingga kini masih memberi fokus dalam menjalankan tanggungjawab dan tugasnya sebagai anggota parti dan ketua PKR Ampang.