
Kisah percintaan Brad Pitt dan Jennifer Aniston terus hangat diperkatakan.
Malah dikhabarkan kedua-dua bintang Hollywood itu tinggal sebumbung di sebuah rumah mewah di Amerika Syarikat.
Mereka juga dilihat berada di sebuah pusat asuhan dan kemungkinan besar akan mengambil anak angkat.
Mengukuhkan lagi khabar angin apabila kemesraan bekas suami isteri itu semakin terserlah pada majlis anugerah Screen Actors Guild (SAGAwards) yang diadakan di Los Angeles.
Brad Pitt memenangi anugerah pelakon pembantu terbaik dalam filem “Once Upon A Time In Hollywood”.
Manakala Jennifer pula memenangi artis terbaik dalam rancangan TV bersiri “The Morning Show”.

Anda ada berita menarik untuk dikongsi? Sila email ke [email protected]