
Menurut stesen penyiar BFMTV, Macron berkunjung ke teater bersama-sama isterinya Brigitte pada lewat Jumaat.
Penunjuk perasaan berhimpun berhampiran teater itu dan cuba merempuh masuk ke dalam bangunan, namun berjaya dihalang oleh pasukan keselamatan.
Tidak lama selepas itu, pasukan keselamatan mengepung kawasan tersebut bagi membolehkan kereta Macron meninggalkan tempat berkenaan.
Pada 5 Dis, Perancis menyaksikan permulaan mogok tanpa tarikh akhir dalam usaha menentang inisiatif Macron yang bakal menamatkan keistimewaan dan syarat persaraan khas beberapa kategori pekerja, termasuk mereka yang berkhidmat dalam sektor pengangkutan.
Akibat mogok itu, kerja-kerja di rangkaian pengangkutan Perancis dilanda kekecohan.