Parlimen Rusia lantik Mikhail Mishustin sebagai perdana menteri

Parlimen Rusia lantik Mikhail Mishustin sebagai perdana menteri

383 ahli Parlimen Rusia mengundi menyokong pencalonan Mishustin, manakala 41 lagi berkecuali.

Perdana Menteri Rusia yang baru dilantik Mikhail Mishustin berkata, semua anggota kerajaan baru bertanggungjawab mencapai matlamat pembangunan negara. (Gambar AP)
MOSCOW:
Parlimen Rusia, Duma pada Khamis meluluskan Mikhail Mishustin untuk menjadi perdana menteri, lapor agensi berita Xinhua.

Seramai 383 ahli Parlimen mengundi memihak kepada pencalonan Mishustin, manakala 41 lagi berkecuali.

Berucap di Duma, Mishustin berkata, presiden Vladimir Putin mengarahkan kerajaan perlu berada di barisan depan dalam pembangunan negara, memastikan pertumbuhan ekonomi dan mewujudkan pekerjaan baru, yang merupakan dasar sosial yang berkesan.

Tanpa kadar pembangunan ekonomi yang tinggi, pembangunan sosial negara akan terhalang, ujarnya, sambil menambah bahawa kerajaan baru perlu menepis halangan yang ada dalam pentadbiran.

Selain itu, adalah penting untuk menambah baik iklim keusahawanan supaya ahli perniagaan, termasuk golongan muda merasa yakin dan selamat untuk mengembangkan perniagaan, paling utama ialah menaikkan gaji pekerja, kata Mishustin.

Terima kasih kepada kestabilan makroekonomi dan lebihan bajet, membolehkan Rusia mempunyai sumber kewangan untuk melaksanakan semua tugas yang digariskan presiden Putin, katanya.

Mishustin berkata, semua anggota kerajaan baru bertanggungjawab secara peribadi untuk mencapai matlamat pembangunan negara.

Menurut perlembagaan Rusia, selepas persetujuan Duma, Putin perlu melantik secara rasmi Mishustin sebagai perdana menteri.

Dalam tempoh seminggu pelantikannya, Mishustin perlu mengemukakan cadangan kepada Putin mengenai struktur kerajaan dan calon untuk jawatan timbalan perdana menteri serta menteri.

Stay current - Follow FMT on WhatsApp, Google news and Telegram

Subscribe to our newsletter and get news delivered to your mailbox.